Assalamualaikum dan salam sejahtera...
pada hari ini, saya ingin kongsikan cerpen ke-4 bertajuk "Memori Seorang Tua" karya Zahari Affandi.
PENGENALAN
Cerpen ini menggunakan teknik penceritaan sudut pandangan orang ketiga. Maknanya, pengarang tidak terbabit dalam cerita, tetapi seakan-akan serba tahu tentang segala gerak-geri fizikal dan lintasan fikiran setiap watak yang ditampilkan. Sebagai salah seorang penulis tersohor tanah air, Zahari berjaya mengajak pembaca supaya berfikiran matang, di samping menyelami kisah perjuangan generasi silam dalam proses mengusir penjajah dari bumi Tanah Melayu.
Orang tua yang menjadi watak utama ialah Pak Itam. Usianya menjangkau angka 85 tahun. Pak Itam menjadi sangat sibuk dan teruja untuk mengadakan majlis sambutan hali lahirnya buat kali pertama dalam hidup. Bukan untuk meniup lilin, bukan untuk menyanyi Happy Birthday. Pak Itam hanya berhasrat menjamu anak-anak Kampung Langat, selain cucu cicitnya di universiti. Pak Itam sekadar berhajat meluahkan semangat Melayu yang mengalir dalam dirinya remaja, dipenjarakan dan pernah bergelar majistret Melayu pertama.

BINAAN PLOT
i) Permulaan Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam.
(ii) Perkembangan Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.
(iii) Klimaks Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.
(iv) Peleraian Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.
Klik Link ini untuk DOWNLOAD cerpen ini dalam bentuk Powerpoint
Klik Link ini untuk DOWNLOAD cerpen ini dalam bentuk Powerpoint
No comments:
Post a Comment