Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini saya ingin berkongsikan sebuah lagi cerpen Bahasa Melayu Tingkatan 4 iaitu Cerpen Israk.
Pengenalan
Israk, anak muda yang membesar di Perth, Australia dibawa oleh bapanya, Adam dan ibunya, Siti Hawa mengunjungi rumah nenek sebelah bapanya, Wah di Sayong, Kuala Kangsar. Israk menunjukkan rasa tidak selesa secara terbuka terhadap insan yang pernah menjaganya semasa kecil. Walaupun sikapnya ditegur oleh adik perempuannya, Mikraj, Adam tetap demikian hinggalah satu peristiwa di tebing Sungai Perak yang telah mengubah keadaan.
Pengarang cerpen, Erda Roslan Khairi berjaya memaparkan tema kasih sayang dapat mengatasi sifat ego seseorang. Generasi muda yang masih belum banyak pengalaman hidup sering tidak berupaya menyelami perasaan orang dewasa, malah enggan dikaitkan dengan sejarah silam. Cerpen yang dimuatkan dalam antologi Harga Remaja, muka surat 131 - 142 itu berjaya mengungkapkan penemuan jati diri dan akar umbi warisan dalam kalangan generasi muda menerusi watak Israk, Mikraj dan Wah.
Serba Ringkas Plot Cerpen Israk
- Permulaan: Israk sekeluarga tiba di rumah Wah, di Sayong, Kuala Kangsar, berhampiran Sungai Perak. Israk dari awal lagi menunjukkan dia tidak senang.
- Perkembangan / eksposisi: Mikraj, Adam dan Hawa sangat teruja menjamah durian, tetapi Israk sebaliknya. Israk menolak pujukan Wah mentah-mentah (sambil menepis tangan Wah).
- Konflik / pergolakan: Israk terus menunjukkan sikap buruknya. Israk merungut tentang makanan, televisyen rosak, membuat ulasan negatif terhadap cerita Wah, merentap langsir kuning raja Wah. Israk juga tidak mempedulikan kata-kata Mikraj, malah melabel Mikraj sebagai gadis liar. Wah segera mencegah pertikaman lidah selanjutnya.
- Puncak / kilmaks: Apabila bekalan air terputus, Israk menyahut cabaran Mikraj untuk mandi di sungai. Tiba-tiba Israk terjatuh, lalu berpaut kepada tali sauh yang sudah reput. Wah menyelamatkan Israk dengan menghulurkan sebatang kayu sambil menarik Israk dengan sepenuh tenaga tuanya. Israk tersipu malu apabila bertentangan mata dengan Wah.
- Peleraian: Israk keluar bilik lengkap dengan baju Melayu. Israk sendiri mencedok nasi dan bertanyakan tentang jering dan tempoyak.
No comments:
Post a Comment