Sunday, 5 February 2012

SOALAN 7 (CERPEN ISRAK )


“Cekodok aje? Airnya pula macam air air Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan besar. “Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang akan mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit. “Buang masa saja tinggal di sini!” Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj. Bersarang perasan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya, kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru terngadah. Israk menekan punat televisyen. Malangnya, tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik. “TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir. Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.

(Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Hal. 133-134, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

(i) Kemukakan dua rungutan Israk yang tidak menyenangkan hati MIkraj. (2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang memungkinkan sesebuah kampong itu mundur? Berikan tiga faktor. (3 markah)

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang terdapat dalam cerpen.

No comments:

Post a Comment