Laman Blog Cerpen Bahasa Melayu Tingkatan 4. Dikendalikan oleh Cikgu Farina Aida Said, Guru Bahasa Melayu MRSM Mukah, Sarawak.
Sunday, 5 February 2012
SOALAN 5 (CERPEN PEMAIN CATUR )
Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja. Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah. Um menggelupur dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet. Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hulu hati ibu. Kerana tidak tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin ahmar. Us, Uk dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu di bawah meja. Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan. Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan.
(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)
i. Apakah dua peristiwa penting yang digambarkan dalam petikan di atas?
ii. Nyatakan kesan perbalahan antara Uj dengan Um kepada ibu mereka.
iii. Sekiranya anda diminta untuk bertindak sebagai orang tengah dalam perbalahan itu, apakah penyelesaian yang akan anda cadangkan? iv. Pada pandangan anda, apakah kesan permainan catur kepada orang ramai?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment