Monday, 13 February 2012

Cerpen 4: Ibu Dan Ceper

Sinopsis Cerpen Ibu dan Ceper

Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah bagi menyara keluarganya.Ibu merupakan merupakan seorang wanita yang rajin. selain bersawah, dia juga menetak mengkuang bagi menampung kelangsungan hidup keluarganya. Ibu aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu kenduri kendara, menziarahi jiran sekiranya ada kematian.

Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga. Si ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat untuk menguasahakan sawah. Si suami banyak menghabiskan masa dengan memenuhi hobinya iaitu memikat burung ketitir. Penulis menjelaskan bahawa Sungai Ceper memusnahkan padi tanaman ibunya. Penduduk di seluruh kampung menjadi papa kedana kerana padi mereka musnah sebagai akibat banjir. Selain banjir, kemarau turut mengancam penduduk kampung juga. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air di perigi.

Penulis teringat akan kisah lampaunya. Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan bapanya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu keluarga. Penulis teringat akan kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibunya yang sudah tua, kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukan yang mengores hati ibunya. Penulis amat menyesali kesilapannya.

Keadaan Sungai Ceper digambarkan semakian kotor kerana pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut. Air sungai semakin sedikit dan dasarnya semakin cetek sehingga menyebabkan sungai tersebut gagal berfungsi. Air sungai tersebut tidak mengalir lagi. Kekotoran di sungai tersebut amat menjijikkan.

Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun, keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya. Hal yang demikian kerana sungai tersebut tidak mampu lagi mengairi sawah seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda. Mengikut pengamatan penulis, kematian ibunya sama keadaan seperti yang dialami oleh Sungai Ceper
.

 





SOALAN KUIZ

SILA UJI MINDA ANDA DENGAN MENJAWAB SOALAN BERIKUT...


 BERDASARKAN CERPEN MELISSA

1. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjadi titik hitam dalam sejarah Malaysia.   Bagaimanakah cara untuk mengelak peristiwa ini daripada berulang?


2. Bagaimanakah semangat 1 Malaysia dapat mengekalkan keharmonian negara kita?

BERDASARKAN CERPEN PEMAIN CATUR

1. Apakah nama adik beradik mereka?5. Apakah nama watak dan tajuk siri kartun yang disamakan dengan abang Uj?
2. Siapakah yang mencabar Um bermain catur?
3. Bilakah permainan catur diperkenalkan?

Sunday, 5 February 2012

Akhbar Hari Ini (5 Februari 2012)


SOALAN 8 (CERPEN IBU DAN CEPER )


Tetapi walau serancak dan sehebat mana pun anak-anak dan cucu-cucuku melompat turun ke baruh bertungkus-lumus dengan seut dan lintah, namun Sungai Ceper tidak lagi kembali rancak dan cergas, malah Ceper sekarang ini boleh dikatakan sudah mati sama seperti ibu dan sama seperti bapa meskipun Ceper masih wujud dan airnya masih ada. Airnya sudah tidak bergerak lagi. Sedikit pun tidak. Yang ada hanya timbunan sampah sarap yang berbagai-bagai, tindih-menindih bagaikan Ceper sudah benar-benar lemas. Bangkai-bangkai jangan diambil kira lagi kerana terlalu banyak. Kayu-kayu buruk, ketul-ketul tanah yang sudah keras, papan-papan saying yang hijau dengan lumut, kertas-kertas yang sudah lama kerunyuk dan lalat-lalat jenis besar hijau bukan main banyak lagi. Pokok-pokok buluh pun di sepanjang tubuh Sungai Ceper itu menunduk bagaikan menyembah-neyembah minta ampun.

i. Gambarkan keadaan Sungai Ceper berdasarkan petikan. 3m

ii. Pada pendapat anda, mengapakah banyak sungai di negara ini tercemar? 3m

iii. Huraikan satu persoalan dalam petikan dan dua persoalan yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. 3m

SOALAN 7 (CERPEN ISRAK )


“Cekodok aje? Airnya pula macam air air Sungai Kelang!” rungut Israk bagaikan tuan besar. “Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang akan mati kebuluran.” Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit. “Buang masa saja tinggal di sini!” Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj. Bersarang perasan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya, kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru terngadah. Israk menekan punat televisyen. Malangnya, tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik. “TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir. Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.

(Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Hal. 133-134, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009)

(i) Kemukakan dua rungutan Israk yang tidak menyenangkan hati MIkraj. (2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang memungkinkan sesebuah kampong itu mundur? Berikan tiga faktor. (3 markah)

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang terdapat dalam cerpen.

SOALAN 6 (CERPEN PEMAIN CATUR )


Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun dalam catur dan percaturan nama dan ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukkan pemain pilihan. Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um. Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.Um mengalih mata untuk meneguk minuman pembawa kesegaran. Tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena, dapat dirasakan Um. Buah caturnya tadi berada di kanan, tiba-tiba kini beralih ke kiri. Um mengembalikan kedudukan buah tersebut ke kotak asalnya. “Um main tipu!” Tiba-tiba Uj menjerit. Dia bangun menghentak meja. “Ini rupanya yang engkau pelajari dari buku-buku tebal itu? Engkau belajar menipu!” “Uj yang main tipu. Kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? Siapa yang berani mengalihkannya kalau bukan Uj?”

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)

i. Apakah punca yang menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara Uj dengan Um? 3m

ii. Pada pendapat anda, siapakah yang telah mengalihkan buah catur Um dari sebelah kanan ke sebelah kiri? Berikan tiga alasan anda. 3m

iii. Nyatakan satu perwatakan Uj dalam petikan di atas dua perwatakan Uj dalam cerpen tersebut. 3m

SOALAN 5 (CERPEN PEMAIN CATUR )


Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja. Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah. Um menggelupur dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet. Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hulu hati ibu. Kerana tidak tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin ahmar. Us, Uk dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu di bawah meja. Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan. Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan.

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)

i. Apakah dua peristiwa penting yang digambarkan dalam petikan di atas?

ii. Nyatakan kesan perbalahan antara Uj dengan Um kepada ibu mereka.

iii. Sekiranya anda diminta untuk bertindak sebagai orang tengah dalam perbalahan itu, apakah penyelesaian yang akan anda cadangkan? iv. Pada pandangan anda, apakah kesan permainan catur kepada orang ramai?

SOALAN 4 (CERPEN PEMAIN CATUR )


Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun dalam catur dan percaturan nama dan ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukkan pemain pilihan. Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um. Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namun satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.Um mengalih mata untuk meneguk minuman pembawa kesegaran. Tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena, dapat dirasakan Um. Buah caturnya tadi berada di kanan, tiba-tiba kini beralih ke kiri. Um mengembalikan kedudukan buah tersebut ke kotak asalnya. “Um main tipu!” Tiba-tiba Uj menjerit. Dia bangun menghentak meja. “Ini rupanya yang engkau pelajari dari buku-buku tebal itu? Engkau belajar menipu!” “Uj yang main tipu. Kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? Siapa yang berani mengalihkannya kalau bukan Uj?”

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)

i. Apakah punca yang menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara Uj dengan Um? 3m

ii. Pada pendapat anda, siapakah yang telah mengalihkan buah catur Um dari sebelah kanan ke sebelah kiri? Berikan tiga alasan anda. 3m

iii. Nyatakan satu perwatakan Uj dalam petikan di atas dua perwatakan Uj dalam cerpen tersebut. 3m

SOALAN 3 (CERPEN MELISSA)


Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor. Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza. Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati M16.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Nyatakan dua harapan Mellisa terhadap rakyat negara ini sebelum dia meninggal dunia. 2m

ii. Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda. 3m

iii. Jelaskan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. 4m

SOALAN 2 (CERPEN MELISSA)


Daripada penelitian dan kajiannya, punat bisul rusuhan 13 Mei itu berpunca daripada virus yang sudah lama disemai oleh penjajah. Virus yang mereka bawa bersama-sama sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di bumi ini dahulu. Virus polarisasi kaum yang mereka bina. Mereka gali. jurang pemisah dan mendirikan tembok penghadang melalui sistem devide et empera. Orang Melayu yang menjadi peribumi semenanjung emas ini mereka biarkan terus hidup di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan, orang Cina mereka pusatkan di bandar-bandar dan orang India mereka biarkan menjadi buruh di kebun-kebun getah. Sehingga negara ini mencapai kemerdekaan, polarisasi perkauman itu menjadi semakin tebal juga. Baba peranakan yang sudah berates tahun membina identiti sendiri dan begitu jauh sudah berasimilasi dengan masyarakat setempat tiba-tiba direntap oleh tangan dewa cauvinis lalu memperlihatkan bayang-bayang kelabu yang gagah. Gadis-gadis remaja pun membuang th’ng sah (baju panjang) dan tay sah (jaket dalam), mulai membuang sarung. Dahulu kalau mereka memakai serupa itu ditambah dengan sanggul siput suak ea oh atau im boey, mereka tidak ada bezanya daripada gadis Melayu di sebelah rumah.

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.164 & 165)

i. Apakah faktor utama berlakunya rusuhan kaum pada 13 mei 1969? 3m

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut dilakukan untuk memastikan masalah perkauman dalam kalangan masyarakat kita dapat dielakkan? 3m

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen. 3m

SOALAN 1 (CERPEN MELISSA)



Dia menyiapkan tesisnya dahulu, dia telah mendapat jawapan tentang sebab berlakunya rusuhan kaum. Sejak itu dia telah bertekad mengabdikan dirinya kepada nusa dan bangsa. Biarlah dia keseorangan dalam tugas ini. Biarlah kawan karibnya yang mengetahui menuduhnya sebagai perbuatan orang yang bodoh. Dia seorang gadis yang cantik, sederhana tinggi, mempunyai potongan tubuh yang menjadi impian banyak perempuan. Bermuka bujur telur, bermata jeli,intelek pula. Apa yang dikehendakinya dalam hidup ini berada di hujung jarinya. Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?

(Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Mengapakah kawan karibnya menganggap Mellisa bodoh? 2m

ii. Sebagai remaja, bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan anda kepada negara? 3m

iii. Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat yang lain dalam keseluruhan cerpen. 4m
 

SALAM MAULIDUR RASUL 2012




Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.