Tuesday 31 January 2012

Cerpen 4: Memori Seorang Tua

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
pada hari ini, saya ingin kongsikan cerpen ke-4 bertajuk "Memori Seorang Tua" karya Zahari Affandi.

PENGENALAN
Cerpen ini menggunakan teknik penceritaan sudut pandangan orang ketiga. Maknanya, pengarang tidak terbabit dalam cerita, tetapi seakan-akan serba tahu tentang segala gerak-geri fizikal dan lintasan fikiran setiap watak yang ditampilkan. Sebagai salah seorang penulis tersohor tanah air,  Zahari berjaya mengajak pembaca supaya berfikiran matang, di samping menyelami kisah perjuangan generasi silam dalam proses mengusir penjajah dari bumi Tanah Melayu.

Orang tua yang menjadi watak utama ialah Pak Itam. Usianya menjangkau angka 85 tahun. Pak Itam menjadi sangat sibuk dan teruja untuk mengadakan majlis sambutan hali lahirnya buat kali pertama dalam hidup. Bukan untuk meniup lilin, bukan untuk menyanyi Happy Birthday. Pak Itam hanya berhasrat menjamu anak-anak Kampung Langat, selain cucu cicitnya di universiti. Pak Itam sekadar berhajat meluahkan semangat Melayu yang mengalir dalam dirinya remaja, dipenjarakan dan pernah bergelar majistret Melayu pertama.

BINAAN PLOT

i) Permulaan Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam.

(ii) Perkembangan Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.

(iii) Klimaks Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.

(iv) Peleraian Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga. 

Klik Link ini untuk DOWNLOAD cerpen ini dalam bentuk Powerpoint 

Saturday 28 January 2012

Akhbar Hari Ini (29 Januari 2012)

Salam 1Malaysia semua...Hari ini saya hendak kongsikan 2 keratan akhbar Utusan Malaysia yang agak menarik kepada masyarakat di luar sana terutamanya kepada golongan pelajar..Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.











Friday 27 January 2012

Cerpen 3:Mellisa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya ingin kongsikan cerpen Tingkatan 4 Mellisa. Cerpen hasil karya Abdullah Hussain ini memaparkan cerita bertemakan percintaan antara dua insan yang berbeza budaya. Ini adalah kerana Mellisa iaitu watak utama cerpen ini yang merupakan seorang gadis berketurunan Cina. Dia pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan seorang budak keturunan Minang iaitu Hisyam. Namun, perasaan itu kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam. Namun, Mellisa terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera. 

 Binaan plot Cerpen Mellisa

1. Permulaan
Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid.

2. Perkembangan
Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya,
persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin akrab.

3. Klimaks
Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei.

4. Peleraian
Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.

Klik Link ini untuk Download slide Powerpoint yang saya sediakan 


Tuesday 24 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012


Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia...Semoga bahagia dan ceria-ceria selalu...Bye

Thursday 19 January 2012

Cerpen 2: Israk

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini saya ingin berkongsikan sebuah lagi cerpen Bahasa Melayu Tingkatan 4 iaitu Cerpen Israk.
Pengenalan
Israk, anak muda yang membesar di Perth, Australia dibawa oleh bapanya, Adam dan ibunya, Siti Hawa mengunjungi rumah nenek sebelah bapanya, Wah di Sayong, Kuala Kangsar. Israk menunjukkan rasa tidak selesa secara terbuka terhadap insan yang pernah menjaganya semasa kecil. Walaupun sikapnya ditegur oleh adik perempuannya, Mikraj, Adam tetap demikian hinggalah satu peristiwa di tebing Sungai Perak yang telah mengubah keadaan.
Pengarang cerpen, Erda Roslan Khairi berjaya memaparkan tema kasih sayang dapat mengatasi sifat ego seseorang. Generasi muda yang masih belum banyak pengalaman hidup sering tidak berupaya menyelami perasaan orang dewasa, malah enggan dikaitkan dengan sejarah silam. Cerpen yang dimuatkan dalam antologi Harga Remaja, muka surat 131 - 142 itu berjaya mengungkapkan penemuan jati diri dan akar umbi warisan dalam kalangan generasi muda menerusi watak Israk, Mikraj dan Wah.

Serba Ringkas Plot Cerpen Israk
  • Permulaan: Israk sekeluarga tiba di rumah Wah, di Sayong, Kuala Kangsar, berhampiran Sungai Perak. Israk dari awal lagi menunjukkan dia tidak senang.
  • Perkembangan / eksposisi: Mikraj, Adam dan Hawa sangat teruja menjamah durian, tetapi Israk sebaliknya. Israk menolak pujukan Wah mentah-mentah (sambil menepis tangan Wah).
  • Konflik / pergolakan:  Israk terus menunjukkan sikap buruknya. Israk merungut tentang makanan, televisyen rosak, membuat ulasan negatif terhadap cerita Wah, merentap langsir kuning raja Wah. Israk juga tidak mempedulikan kata-kata Mikraj, malah melabel Mikraj sebagai gadis liar. Wah segera mencegah pertikaman lidah selanjutnya.
  • Puncak / kilmaks:  Apabila bekalan air terputus, Israk menyahut cabaran Mikraj untuk mandi di sungai. Tiba-tiba Israk terjatuh, lalu berpaut kepada tali sauh yang sudah reput. Wah menyelamatkan Israk dengan menghulurkan sebatang kayu sambil menarik Israk dengan sepenuh tenaga tuanya. Israk tersipu malu apabila bertentangan mata dengan Wah.
  • Peleraian:  Israk keluar bilik lengkap dengan baju Melayu. Israk sendiri mencedok nasi dan bertanyakan tentang jering dan tempoyak.


Wednesday 18 January 2012

Cerpen 1: Pemain Catur

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Cerpen Tingkatan 4 yang pertama yang akan saya kongsikan ialah Pemain Catur.

Pengenalan
Pada mulanya Uj, si abang sulung bersungguh-sungguh melatih adik bongsunya Um supaya muncul sebagai pewaris legasi keluarga dalam permainan catur. Um diajarkan segala-galanya, mengatasi perhatian Uj daripada Us, Uk, Ur, iaitu abang-abangnya yang lain. Adu domba Uk kononnya Um mahu mengambil alih kehebatan Uj menyebabkan pertembungan Uj dengan Um yang bertukar kepada pertelingkahan dan taktik kotor Uj hingga menyebabkan emak mereka terkena serangan angin ahmar.

Sinopsis
Cerpen karya Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, muka surat 143 - 152 dimulai dengan cabaran berlawan catur oleh Uj kepada Um. Uj mendakwa UM telah lama berlatih dengan Ul, Us, Uk dan Ur, tetapi Um berdalih dia sedang memikirkan ibu yang sakit darah tinggi. Uj mula menunjukkan amarah kepada Um yang selama ini ditatang bagi minyak yang penuh. Uj memang mengharapkan Um dengan membangkitkan kegemilangan keluarga mereka dalam permainan catur bermula di tanah Arab. Akhirnya Um yang mulanya bersifat dingin menunjukkan minat yang mendalam. Dalam pada itu Uk mula memasukkan jarum bisikan menghasut kononnya UM hendak mengambil alih kedudukan Uj. Termakan cakap Uk, Uj lalu memaksa Um berlawan dengannya. Uj segera mencegah Um daripada memilih buah catur berwarna putih. Setelah tiga hari tiga malam, Um berjaya mencemaskan Uj apabila satu demi satu bidak askar Uj ditawan. Sedang Um meneguk minuman, kedudukan buah catur kota miliknya dialihkan. Uj sebaliknya menuduh Um cuba menipu. Taktik kotor Uj berterusan apabila Um terkena semburan asid yang diletak di bawah meja. Ibu yang sedih dengan perbalahan adik-beradik itu tiba-tiba diserang angin ahmar. Tuduh-menuduh tercetus tanpa mempedulikan nasihat si ibu. Walaupun angkara siapa belum dipastikan, keluarga pemain catur itu telah pun berpecah belah. Perenggan terakhir cerpen mengulangi perenggan pertama cerpen... 

Tema
Perpecahan keluarga akibat rasa angkuh dan cemburu melulu

Saya sediakan slide powerpoint cerpen ini seperti di bawah untuk memudahkan pembelajaran anda


Klik Link ini untuk DOWNLOAD cerpen ini dalam bentuk Powerpoint 

Tuesday 17 January 2012

Wordless Wednesday- Illusi Optik

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

1) Apa bentuk tiang di bawah ini? empat segi atau silinder?

2) Fokus pada dot hitam itu, kemudian gerakkan kepala anda kedepan dan kebelakang.. wow!!

3) Statik atau bergerak?


4) Khabar angin menyatakan, jika seseorang boleh nampak 9 wajah dalam gambar ini, dia mempunyai IQ yang HEBAT!!

5) 12 atau 13 oarang?? Hemmm...



6) Kira berapa dot berwarna hitam..


Asal Usul Bahasa Melayu

Asssalamualaikum dan salam sejahtera...

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

                  

Bahasa melayu:-
  • Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
  • Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
  • Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
  • Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
  • Keturunannya orang Melayu di Malaysia
  • Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
  • Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
  • Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
  • Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
  • Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
  • Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
  • ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''



Bahasa Melayu Moden
  • Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
  • Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
  • Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
  • Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara
Akhir kata..


 Terima kasih kepada Portal Pendidikan Utusan di atas segala info ini.